Friday, August 26, 2011

Si jakun di Masjid Putra

Dengan ucapan "bismillahirrahmanirahim" kaki ku ini melangkah keluar dari van seorg sahabat. Dengan memikul beg kamera hijauku, memandang dengan penuh jakun...cantikkkknyer masjid ini. Subhanallah..itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ini ke Masjid Putra,Putrajaya. Semuanya terurus,bersih,besar dan luas siap dgn pak guard yg pkai baju melayu yang kemas berwarna merah. Sambil melangkah masuk, mataku liar melihat hiasan dan ukiran dalam masjid. Dalam masa yang sama, ku lihat ramai sedang tidur. Ouhh patutlah, pukul 1.00 pagi ..masing2 sdg enak dilayan tidur dan diniatkan juga ingin qiam.Kebanyakannya pemuda-pemuda yang hatinya mengharapkan redha Allah. Alhamdulillah.

Mataku ini masih lagi jakun, terpukau dgn kecantikan . Ukiran dan hiasan dalaman ini ibarat ala-ala masjid di Turki. Begitu juga dgn mimbar imam. Teringatku pada Aya Sofia dan Blue Mosque yang aku kunjungi suatu ketika dahulu. Setelah mencari 'port' nak tidur , aku duduk dgn niat iktikaf sambil mulut berzikir kpd Allah. Lampu masjid yang suram menemani diri. Setelah seketika,aku cuba utk melelapkan diri,tp tgn ini gatal mengambil ipod utk ambil gmbar..ishhh gmbar buruk sbb ISO ipod nih brape sen sgt laa..sebab hati tak puas hati, aku mengeluarkan 'bini'ku dari beg. Klik klik, ibarat manusia yang sdg memburu, aku menghunuskan lens ke sasaran.Hmm baru lah hati puas. Aku melangkah keluar, melihat lampu-lampu dan sekali lagi aku menekan shutter. Setelah itu, barulah aku masuk kedlm semula setelah waktu menunjukkan waktu 2pagi.


Jam 3.30pagi, aku dikejutkan oleh seorg abg untuk qiam bersama. Sewaktu itu agak berat untuk aku bangun setelah penat dari perjalanan kb-kL dgn kereta masih terasa. Namun ku gagahkan jua.Dalam pada itu, aku mencari tempat wudu`. Rupanya tempat wudu` nih kat bawah . Jauh jugak laa aku jalan..heheheh selepas berwudu` aku pun memulakan qiam ku dgn solat tahajjud diikuti dgn solat sunat taubat dan hajat. Lampu yg suram melazatkan lagi solatku. Terasa ketenangan didalam hati ini.Syoknya sujud lama2, terasa rendah diri ku ini .Itulah kuasa sujud, bahagian yang paling kita jaga sekali iaitu kepala akhirnya dilantai juga kita letakkan menandakan sehensem mana anda,secantik mana anda, tunduk jua akhirnya muka yang hensem dan cantik itu kehadrat illahi. Suasana pada waktu itu tidak reti aku gambarkan.Ada yang sdg solat, ada yang membaca kitab suci al-quran dan juga berzikir kepadaNya.

Suasana pada pukul 2pagi
Kubah Masjid Putra. Menjadi kebiasaanku untuk melihat kubah dgn rasa kagum.
Bersama sahabat-sahabat perjuangan.
Diluar masjid sewaktu selesai solat subuh.

Inilah sedikit ruang yang ingin ku kongsikan bersama. Ramadhan tinggal beberapa hari jer lagi nak melabuhkan tirai. Rindu pula terasa ingin berada di awal ramadhan. Aku mengharapkan kita sama-sama dapat memanfaatkan hari-hari ramadhan ini dengan penuh barakah dan semaksima yang mungkin. Jadilah kita golongan-golongan di bawah ini yang dilindungi Allah ketika di hari nanti.

1) Pemerintah yang adil
2) Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya
3) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.
5) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!
6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi
7) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya.

Pejabat PM.
Pose sempena 10 malam akhir ramadan :)

No comments:

Post a Comment