Sunday, August 21, 2011

anti-sosial???

Bismillahirrahmanirrahim,

Terima kasih kepada sahabat handai yang mengambil berat ttg diri ini. Nampaknye anda semua peka dgn ape yang berlaku dgn sahabat2 anda. Terima kasih, sbb aku lah tuh antara yg korg peka. Inbox aku telah disinggahi oleh beberapa kiriman email dari sahabat yang kukenali mahupun sahabat facebook.

Persoalan yang ditimbulkan , mengapa tiba-tiba aku ingin menjadi anti-sosial??ada yg tnya adakah aku putus cinta??ouhh tidak sesekali,cinta manusia tidak pernah ku rasai..tersengih aku keseorangan melihat persoalan ini. Mmg satu persoalan yang baik yang diutarakan juga oleh org yang cerdik. Mmg betul, istilah anti-sosial itu ialah mengasingkan diri dari masyarakat, dan itulah gmbar profile aku yang terang lagi bersuluh lagi. Tetapi bagi aku, maksud itu luas. Bagi aku, maksud itu ade maksudnya tersendiri bagi diri ini. Sebenarnye kisah anti-sosial ini bukannya sengaja utk dipropagandakan pun, cuma ia merujuk kpd diri sndiri yang lebih meluangkan masa di dpn komputer terutama di laman facebook berbanding tumpuan beribadat terutama di bulan ramadhan ini. Ingatkah lagi kalian kisah Nabi Muhammad S.A.W ketika mengasingkan diri didalam gua hira`??? bukahkan tujuannya ingin mendekatkan diri kpd ALlah?? sedangkan jika dibawah , dunia itu penuh dgn kejahilan..dan tempoh pengasingan itu bukannya selamanya, dan setelah hbis beribadat baginda terus masuk ke khalayak ramai. Jika tidak manakan mampu Islam tersebar luas di dunia ini. Tp pengasingan baginda itu sgt hebat.

Sedar tak sedar bulan ramadhan yang sentiasa dirindui ini telah pun melangkah ke fasa ke 3..mak aihh itu bermaksud ade lebih kurang 10 hari jer lagi ramadhan..dalam pada itu, aku bermuhasabah sebentar


...aku terfikir bahawa ibadat ku ini masih lagi kurang, aku masih tidak puas hati lagi. Aku inginkan lebih, ibarat org tamak kumpul emas, BIARLAH! hehe..aku teringat yang maut ini tidak mengenal usia , teringat pula akan sahabat baik aku yang meninggal beberapa bulan lepas,apatah lagi 2 minggu lepas adik kwn aku pun baru pergi menghadap Allah,time tuh aku yg mengusung jenazah ke kubur dan mngorek lubang,jadi sejak hari tuh timbul pertanyaan dibenak fikiran. Jadi, aku fikir sempat lagi ke aku untuk ramadhan yang seterusnya?? ishhh dosa aku nih masih lagi byk yang nak dikikis, aku byk sgt luang masa sembang2 dgn mmber yg smemangnya jadi kegemaran aku, siapalah kita tanpa kawan disamping,x lengkap kehidupan....ade org kata, x boleh jugak mengasingkan diri, kene aa bergaul dgn masyarakat.Betul, aku tidak menafikan pun, malah kan ade ayat quran hablun minallah hablun minannas. Cume, aku merasakan hablun minallah tu masih kurang. Oleh itu, dgn baki hari yang ada ini, aku ingin memanfaatkan utk beribadah kpd Allah.

Jadi, aku harap aku telahpun menerangkan maksud anti-sosial dalam konteks maksud aku itu,aku nak kurangkan berfacebook dan seangkatannya buat mase ini ..kepada sahabat-sahabat diluar sana, jom manfaatkan hari-hari terakhir ramadhan ini untuk menggemukkan iman, menyerah diri kepada Allah, bykkan bacaan quran. Ambil peluang dgn tertutupnya pintu neraka,terikatnya syaitan dgn mendekatkan diri kita kpd Allah. Kalau seblm ini kita baca 2 page quran, jom tingkatkan jadi 4 page, kalau sebelum ini kita derma RM1, jom derma RM2 , kalau sblm ini kita kurang bgn mlm, jom bykkan bgn mlm utk beribadah. Selalunya, bile tersedar dari lamunan dunia, aku ingin berkongsi realiti sebenar dgn sahabat-shabat aku di luar sana.Aku takut jika aku disoal esk hari, sdgkan aku diperingatkan oleh ALlah tapi tidak mnyedarkan kawan2 di luar sana. Kalau makan nak berkongsi, ibadah pun sama gak.


Sayu rasa ramadhan nak berakhir, rase2 baru je start..itulah pepatah arab dah ckp, "kalau tidak kita yang memancung masa, masa yang akan pancung kita" haaa aku lah tuh yang kene pancung..kaw kaw punyer.. JOM jgn malas lagi, masa tidak menunggu kita!!



"Ya Allah berkatilah ramadhan kami ini, semoga kami dapat memanfaatkan sepenuhnya bulan ini. Ramadhan tahun dpn adakah kami dibumi ini, itu hanyalah urusan kau ya Rab!"




Lailahaillah muhammadarrasulallah.

Terima kasih kerana singgah membaca diruang yang tidak seberapa ini.

1 comment: