Friday, August 26, 2011

Si jakun di Masjid Putra

Dengan ucapan "bismillahirrahmanirahim" kaki ku ini melangkah keluar dari van seorg sahabat. Dengan memikul beg kamera hijauku, memandang dengan penuh jakun...cantikkkknyer masjid ini. Subhanallah..itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ini ke Masjid Putra,Putrajaya. Semuanya terurus,bersih,besar dan luas siap dgn pak guard yg pkai baju melayu yang kemas berwarna merah. Sambil melangkah masuk, mataku liar melihat hiasan dan ukiran dalam masjid. Dalam masa yang sama, ku lihat ramai sedang tidur. Ouhh patutlah, pukul 1.00 pagi ..masing2 sdg enak dilayan tidur dan diniatkan juga ingin qiam.Kebanyakannya pemuda-pemuda yang hatinya mengharapkan redha Allah. Alhamdulillah.

Mataku ini masih lagi jakun, terpukau dgn kecantikan . Ukiran dan hiasan dalaman ini ibarat ala-ala masjid di Turki. Begitu juga dgn mimbar imam. Teringatku pada Aya Sofia dan Blue Mosque yang aku kunjungi suatu ketika dahulu. Setelah mencari 'port' nak tidur , aku duduk dgn niat iktikaf sambil mulut berzikir kpd Allah. Lampu masjid yang suram menemani diri. Setelah seketika,aku cuba utk melelapkan diri,tp tgn ini gatal mengambil ipod utk ambil gmbar..ishhh gmbar buruk sbb ISO ipod nih brape sen sgt laa..sebab hati tak puas hati, aku mengeluarkan 'bini'ku dari beg. Klik klik, ibarat manusia yang sdg memburu, aku menghunuskan lens ke sasaran.Hmm baru lah hati puas. Aku melangkah keluar, melihat lampu-lampu dan sekali lagi aku menekan shutter. Setelah itu, barulah aku masuk kedlm semula setelah waktu menunjukkan waktu 2pagi.


Jam 3.30pagi, aku dikejutkan oleh seorg abg untuk qiam bersama. Sewaktu itu agak berat untuk aku bangun setelah penat dari perjalanan kb-kL dgn kereta masih terasa. Namun ku gagahkan jua.Dalam pada itu, aku mencari tempat wudu`. Rupanya tempat wudu` nih kat bawah . Jauh jugak laa aku jalan..heheheh selepas berwudu` aku pun memulakan qiam ku dgn solat tahajjud diikuti dgn solat sunat taubat dan hajat. Lampu yg suram melazatkan lagi solatku. Terasa ketenangan didalam hati ini.Syoknya sujud lama2, terasa rendah diri ku ini .Itulah kuasa sujud, bahagian yang paling kita jaga sekali iaitu kepala akhirnya dilantai juga kita letakkan menandakan sehensem mana anda,secantik mana anda, tunduk jua akhirnya muka yang hensem dan cantik itu kehadrat illahi. Suasana pada waktu itu tidak reti aku gambarkan.Ada yang sdg solat, ada yang membaca kitab suci al-quran dan juga berzikir kepadaNya.

Suasana pada pukul 2pagi
Kubah Masjid Putra. Menjadi kebiasaanku untuk melihat kubah dgn rasa kagum.
Bersama sahabat-sahabat perjuangan.
Diluar masjid sewaktu selesai solat subuh.

Inilah sedikit ruang yang ingin ku kongsikan bersama. Ramadhan tinggal beberapa hari jer lagi nak melabuhkan tirai. Rindu pula terasa ingin berada di awal ramadhan. Aku mengharapkan kita sama-sama dapat memanfaatkan hari-hari ramadhan ini dengan penuh barakah dan semaksima yang mungkin. Jadilah kita golongan-golongan di bawah ini yang dilindungi Allah ketika di hari nanti.

1) Pemerintah yang adil
2) Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya
3) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.
5) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!
6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi
7) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya.

Pejabat PM.
Pose sempena 10 malam akhir ramadan :)

Sunday, August 21, 2011

anti-sosial???

Bismillahirrahmanirrahim,

Terima kasih kepada sahabat handai yang mengambil berat ttg diri ini. Nampaknye anda semua peka dgn ape yang berlaku dgn sahabat2 anda. Terima kasih, sbb aku lah tuh antara yg korg peka. Inbox aku telah disinggahi oleh beberapa kiriman email dari sahabat yang kukenali mahupun sahabat facebook.

Persoalan yang ditimbulkan , mengapa tiba-tiba aku ingin menjadi anti-sosial??ada yg tnya adakah aku putus cinta??ouhh tidak sesekali,cinta manusia tidak pernah ku rasai..tersengih aku keseorangan melihat persoalan ini. Mmg satu persoalan yang baik yang diutarakan juga oleh org yang cerdik. Mmg betul, istilah anti-sosial itu ialah mengasingkan diri dari masyarakat, dan itulah gmbar profile aku yang terang lagi bersuluh lagi. Tetapi bagi aku, maksud itu luas. Bagi aku, maksud itu ade maksudnya tersendiri bagi diri ini. Sebenarnye kisah anti-sosial ini bukannya sengaja utk dipropagandakan pun, cuma ia merujuk kpd diri sndiri yang lebih meluangkan masa di dpn komputer terutama di laman facebook berbanding tumpuan beribadat terutama di bulan ramadhan ini. Ingatkah lagi kalian kisah Nabi Muhammad S.A.W ketika mengasingkan diri didalam gua hira`??? bukahkan tujuannya ingin mendekatkan diri kpd ALlah?? sedangkan jika dibawah , dunia itu penuh dgn kejahilan..dan tempoh pengasingan itu bukannya selamanya, dan setelah hbis beribadat baginda terus masuk ke khalayak ramai. Jika tidak manakan mampu Islam tersebar luas di dunia ini. Tp pengasingan baginda itu sgt hebat.

Sedar tak sedar bulan ramadhan yang sentiasa dirindui ini telah pun melangkah ke fasa ke 3..mak aihh itu bermaksud ade lebih kurang 10 hari jer lagi ramadhan..dalam pada itu, aku bermuhasabah sebentar


...aku terfikir bahawa ibadat ku ini masih lagi kurang, aku masih tidak puas hati lagi. Aku inginkan lebih, ibarat org tamak kumpul emas, BIARLAH! hehe..aku teringat yang maut ini tidak mengenal usia , teringat pula akan sahabat baik aku yang meninggal beberapa bulan lepas,apatah lagi 2 minggu lepas adik kwn aku pun baru pergi menghadap Allah,time tuh aku yg mengusung jenazah ke kubur dan mngorek lubang,jadi sejak hari tuh timbul pertanyaan dibenak fikiran. Jadi, aku fikir sempat lagi ke aku untuk ramadhan yang seterusnya?? ishhh dosa aku nih masih lagi byk yang nak dikikis, aku byk sgt luang masa sembang2 dgn mmber yg smemangnya jadi kegemaran aku, siapalah kita tanpa kawan disamping,x lengkap kehidupan....ade org kata, x boleh jugak mengasingkan diri, kene aa bergaul dgn masyarakat.Betul, aku tidak menafikan pun, malah kan ade ayat quran hablun minallah hablun minannas. Cume, aku merasakan hablun minallah tu masih kurang. Oleh itu, dgn baki hari yang ada ini, aku ingin memanfaatkan utk beribadah kpd Allah.

Jadi, aku harap aku telahpun menerangkan maksud anti-sosial dalam konteks maksud aku itu,aku nak kurangkan berfacebook dan seangkatannya buat mase ini ..kepada sahabat-sahabat diluar sana, jom manfaatkan hari-hari terakhir ramadhan ini untuk menggemukkan iman, menyerah diri kepada Allah, bykkan bacaan quran. Ambil peluang dgn tertutupnya pintu neraka,terikatnya syaitan dgn mendekatkan diri kita kpd Allah. Kalau seblm ini kita baca 2 page quran, jom tingkatkan jadi 4 page, kalau sebelum ini kita derma RM1, jom derma RM2 , kalau sblm ini kita kurang bgn mlm, jom bykkan bgn mlm utk beribadah. Selalunya, bile tersedar dari lamunan dunia, aku ingin berkongsi realiti sebenar dgn sahabat-shabat aku di luar sana.Aku takut jika aku disoal esk hari, sdgkan aku diperingatkan oleh ALlah tapi tidak mnyedarkan kawan2 di luar sana. Kalau makan nak berkongsi, ibadah pun sama gak.


Sayu rasa ramadhan nak berakhir, rase2 baru je start..itulah pepatah arab dah ckp, "kalau tidak kita yang memancung masa, masa yang akan pancung kita" haaa aku lah tuh yang kene pancung..kaw kaw punyer.. JOM jgn malas lagi, masa tidak menunggu kita!!



"Ya Allah berkatilah ramadhan kami ini, semoga kami dapat memanfaatkan sepenuhnya bulan ini. Ramadhan tahun dpn adakah kami dibumi ini, itu hanyalah urusan kau ya Rab!"




Lailahaillah muhammadarrasulallah.

Terima kasih kerana singgah membaca diruang yang tidak seberapa ini.

Thursday, August 18, 2011

Konsisten

Assalamualaikum,
bersyukur aku ke hadrat illahi masih diberi peluang untuk menaip entri terbaru sepanjang aku di Malaysia ini. Seperti yang dirancang, mmg blog ini untuk berkongsi setiap aktiviti aku di rumah sepanjang cuti .

Kali ini aku nak menceritakan mengenai pengalaman pertama aku join program KONSIS.






aku berpeluang bertemu dgn orang2 hebat, berpengalaman di sini untuk berkongsi pengalaman dan permasalahan didalam jalan dakwah dan tarbiyah ini.ALhamdulillah.

Wednesday, August 25, 2010

Kilat 2












Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (At-Taubah 9:38)

Wednesday, August 18, 2010

kelik kapung

kelik kapung a.k.a balik kampung....


nih kampung arwah datuk aku yg x pnah aku jmpe sbb beliau meninggal tatkala bondaku masih lagi di form 3...sah2 aku x pnah jmpe..kampung nih namenye Kemubu, berada di pedalaman area Kok Lanas ...ia ialah kawasan padi serta mempunya beberapa tali air di sekitar nya...pemandangan?? sungguh cun sbb sumenye hijau...kalau amik gmbar mmg superb aa..hehehhe ok2, nih nk cite aku gi bukak puasa kat sane...


lauknye??? simple tapi sedap..inilah nk cite nye org Kelantan..makan xde aa nk mewah, sekadar jer tp itulah keberkatan..mmg sedap..mana x nya sbb mkn dgn lauk perut masak asam, ulam2 dan x terkecuali budu..perghhh sumpah superbbb.
.
atas jmbatan

org2 kampung time tahlil


ayahanda (baju merah)



lauk ku


perut masak asam, budu,ulam2...SUPERB!

Tuesday, August 17, 2010

Mencari Ukhwah

Assalamualaikum kpd pembaca yg setia..terima kasih kerana masih bersama..insyAllah blog ini akan sentiasa update selagi mane saye masih di Malaysia..heheheh

ok2, nih nk cerita....smlm kan , kitorg ade gath utk anak2 kelantan yg study oversea aa..mmg cantik sgt gath ni sbb tidak lain tidak bukan ,kami bukan bincang ttg bnda2 yg ngarut, kami berkumpul atas akidah yg sama iaitu ISLAM...dan ada aa sket perkongsian smbil2 bukak puasa ramai2..mmg best aa sbb dpt jmpe saudara2 dari UK, Russia, Korea,Mesir, dan lain2..dan x terkecuali CHINA..hahhaha so, mmg best aa borak2 dgn diorg sume ..so, lps terawih tuh kitorg ade tazkirah mengenai surah al kahfi yg menceritakan pemuda2 al kahfi yg mane iman mereka hnyalah utk Allah..cantikkkkk betul....maka ramai2 laa kami mendgr dari ustaz tuh..sgt2 ringkas dan pdat..

bagi memeriahkan suasana dan merapatkan ukhwah, kitorg gi main futsal plak..perghhh mmg superb aa nak2 plak bulan puasa nih asyik duk tibai mknan jer, x main langsung..so, mmg best aa mlm tuh skali sume join budak kecik, pemuda2, org dewasa..best2 yg pasti mmg berpeluh kaw kaw aa ...begitulah kami, berkumpul kerana 1 iaitu ISLAM...moga2 dpt kami berjuang demi Islam yg smakin dikatakan jauh dari pndangan mata hati..Bangunlaaa shbat2 ku !!!!!!





time dgr tazkirah sblm berbuka

doa utk ummah

sesi taaruf

sesi energize lps futsal

Afif "SUBWAY HALAL" hahahahhah

ore kelate baru with me :)

Smoga Ukhwah yg dibina tidak terputus..selamat maju jaya !! :)

Monday, August 16, 2010

born of hero

touch from mom to heaven..


salam,


After Adam,my first nephew, now its my second nephew turn to meet the world
Friday 13th August 2010 (3rd Ramadan) @ 7.26pm.., New baby junior seen the world. 2.55kg with 44cm lenght..a new chapter begins..welcome to the new world. its my new naphew from my bro Azman n Nisa...
Can`t wait to see you !!!

Semoga Allah melindungi mu wahai insan yg masih x bernama..heheheh :)